Monday, 11 July 2011

BERSIH 2.0 - coretan pejuang

Coretan drp seorang kawan sekilang yg pertama kali berjihad di medan Bersih. Mungkin baru dapat hidayah tu...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketua Penyangak Negara kata tak ramai rakyat yang turun ke jalan pada 9 Julai 2011…. Dalam 5 – 6 ribu saja
Mungkin sebab dia dulu ambik Matematik setakat tadika kot.. Atau memang dia ni bangang yang teramat bangang..

Macam ni ka kualiti orang yang di ambik untuk jadi ketua penyangak? Oopss silap ketua pulis..

Diari perjalanan 9 Julai 2011.

5:30 am
Bergerak ke KL Sentral menaiki ERL Transit. Sampai di sana, solat subuh dan bersedia untuk bergerak ke Masjid Negara.
Dalam perrjalanan, laluan tersekat oleh road block. Begitu banyak polis. Di sekitar Masjid Negara.

8:00 am
Tukar strategi dan berkumpul dulu di Muzium Negara. Muzium buka pukul 9. Tiba-tiba datang 3 ekor Siput Babi datang dan bertanya.
“Buat apa di sini?“ Jawab saya nak datang ke Muzium. J

Last2 Siput Babi dah takda hujah, dia suruh kami bersurai. Dia ugut akan tangkap kami semua kalau tak bersurai.
Bila di tanya sebab apa nak tangkap. Siput Babi cakap Akta Pulis.. Akta Pulis kepala bapak dia!

Tukar strategi lagi dan patah balik ke KL Sentral.
Duduk di Food Court
dan berehat.

10:00 am
Di luar KL Sentral, semakin banyak penyangak2 berkumpul. Penyangak betina pon banyak.
Siap dengan trak dan kelengkapan. FRU pn dah sampai.

Yang paling menghairankan, penyangak2 ni akan tahan dan tangkap sesiapa yang di syaki tanpa ada bukti pon.
Asal dalam kumpulan lebih dari 4-5 orang memang akan jadi mangsa. Tambah kalau pakai ketayap putih atau tudung labuh.
Inikah negara Islam UMNgOk?

Saya sempat lihat sepasang suami isteri berpelukan. Si isteri tak sanggup lepaskan si suami. Akhirnya kedua-dua kena naik trak
penyangak. Ada juga pakcik-pakcik dalam 50-60an yang sedang duduk di dalam KL Sentral. Sebab dalam kumpulan 4-5 orang dan
memakai ketayap putih, habis semua pakcik-pakcik tu naik trak. Apa salah mereka?

Ada 2-3 muslimat yang sedang beratur membeli minuman di Food Court pon di tangkap dan di bawa naik trak. Betul- betul Zionis!

2:00 pm
Selepas tak nampak jalan keluar berkumpulan, saya bergerak dengan seorang kawan dan kami ke Brickfields. Cadang nak naik Monorail
ke Maharajalela atau Hang Tuah. Turun di situ dan berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

Sampai di Brickfields, kami dapat tahu, stesen Monorail Hang Tuah dan Maharajalela di tutup! Tukar strategi lagi…

Singgah solat Zuhur dulu di masjid berdekatan Brickfields. Tengah-tengah solat, terasa pedih mata. Penyangak dah tembak gas!
Selesai solat, bergerak bersama orang ramai ke arah Petaling Street. Semakin ramai orang yang ikut serta sambil bertakbir

Sempat jugak menyanyikan lagu Negaraku dan laungan Hidup, Hidup,.. Hidup, Rakyat beberapa kali..

Pulis juga kata tembakan gas pemedih mata cuma di Puduraya.. sekali lagi pembohongan besar..
Saya berada di LRT Pasar Seni. Di situ, sekurang-kurangnya 3 kali gas pemedih mata di tembak ke arah orang ramai yang berkumpul..

Kali pertama, masih ada air mineral untuk basahkan kain dan tutup muka. Kali kedua, mintak air sikit dari muslimat berdekatan.
Kali ketiga kena gas, ada anak muda keturunan Cina offer.. “Abang, air abang basuh muka”!! Memang terasa semangat 1 Malaysia.
Tapi bukan versi Najis punya… Ini versi rakyat Malaysia yang inginkan keadilan!

Cukup ramai orang yang turun. Pelbagai bangsa, usia, jantina dan agama. Malah ada golongan kurang upaya turut serta.
Masing-masing dengan satu tujuan. Untuk menunjukkan rakyat bukan lagi mudah di perbodohkan dengan cakap-cakap Najis dan suaminya Rosmah..
Ugutan perkasam (pertubuhan pribumi dan mamak) dan patriot semuanya cakap kosong..

Saya jumpa 3 orang anak muda dari Baling dalam awal 20-an, suami isteri (dalam 50-an) dari Ipoh, seorang pemuda dari Penang
dan ramai lagi orang serata Malaysia..

brahim ali turun dengan ilmu halimunan.. tak ada sapa yang nampak dia.. mungkin bersama dengan si katak puru tua ni geng2 silat yang jugak halimunan
sekitar 4 juta orang.. memang dahsyat ilmu brahim ni..!!

4:00 pm
Bergerak balik ke KL Sentral. Dapat berita Anwar, Haji Hadi, Ambiga dan lain2 telah di tangkap. Gas pemedih mata di lepaskan di KL Sentral.
Masih ada kawan-kawan yang berdemo di Puduraya dan KLCC.

7:00 pm
Bergerak balik menaiki ERL Transit. 

Apapun, rakyat dah tunjukkan kebencian. Tunggulah hang Najis, suami hang Rosmah dan konco2 di PRU – 13 nanti.

Tau la aku ajaq hang dan suami hang Rosmah tu… J
Thank you,
Best Regards,
Azam
Cyberjaya. Kedah Mariiiii

No comments:

Post a Comment